Monday, 18 November 2013

Kesabaran dalam menuju kejayaan


Pernah tak kita rasa dalam menuju sesuatu kejayaan kita perlukan ke sabaran?? 

 

Perkataan sabar memang mudah nak di sebut, tapi untuk melakukan?? Yang melalui?? Yang nak hadapi?? Memang nak kene bersabar!!! Tak ada pilihan lain… 

 

Sebab tu “sabar itu adalah sebahagian dari iman”…. 

 

Dalam Islam sendiri dah ajar kita, dah didik kita, bahawa apa yang kita lakukan nak ada kesabaran..

 

Lain orang lain ragamnya, dalam menuju ke arah kejayaan, kita sehari-hari sentiasa membina diri, dan meningkatkan kualiti kehidupan mahupun ilmu yang diperlukan untuk mencapai apa yang kita ingin kan. 

 

Kesabaran bukan saje dalam berbiz, malah dalam bekerja dengan majikan, dalam membina keluarga yang bahagia, dalam membesarkan anak, dalam menjaga kebajikan ibu bapa dan pelabagai tanggungjawab yang harus dipikul selagi kita di gelar manusia..

 

Dalam berniaga pun tak kisah off line mahupun online masa, tenaga, wang, kehidupan adakala terpaksa dikorbankan sedikit. Kerana bila berniagaa jatuh bangun sesuatu perniagaan bergantu secekap mana kita dalam membina  dan mengurus perniagaan kita. 

 

Sama la juga jika kita ada majikan, bagaimana kita mahu memberi hasil yang terbaik kepada majikan kita. Jika tersalah guna kuasa pun boleh jadi dosa kan.. 

 

Dalam membina keluarga pasti lebih mencabar, apatah lagi jika ada anak-anak, semua nya harus dibentuk dari kecil, salah corak, comot la corak nya untuk masa hadapan.. 

 

So tiada erti hari ni buat, hari ni jadi, sebab segalanya perlukan proses, dari satu step ke step yang lain.. ada peringkat2 yang kita perlu lalui.. dalam melalui ranjau ini… pasti banyak pengalaman, ilmu, sejarah yang akan kita perolehi..

Anggap la sabar adalah jambatan kepada ilmu-ilmu yang tak boleh dijual beli.. kerana ilmu adalah penyuluh kehidupan yang akan mengajar kita untuk jadi lebih matang dan BERANI dan tinggi tahap KESABARAN!!!!!